Iklan ^_^

Sunday, 21 September 2014

Pengalaman : Da Nang dan Hoi An (The Ancient Town) Vietnam Part II

Petang Ahad, kami tiba di Hoi An dan check in di Moon Homestay. Tanpa rehat, kami menyewa basikal untuk meronda sekitar bandar Hoi An dan cari travel agent tuk ke Cham Island pagi esok. Haruslah survey untuk dapat harga yang terbaik.


Sewa 2 basikal untuk 1 hari, VND 60,000. 
Hoi An The Ancient City merupakan bandar bersejarah dan juga tempat tumpuan pelancong. Di Da Nang, jarang nampak pelancong tapi kat Hoi An ni, ramai sangat pelancong. Hoi An tempat terbaik untuk cari souvenior. Harus la kena pandai tawar menawar.

Jumpa pakej terbaik untuk ke Cham Island. VND 900,000 tuk 2 orang termasuk snorkling, lawatan sekiatar Pulau Cham, spead boat dan makan tengah hari.

Malam pun kami meronda sekitar Hoi An, seronok juga sebab bandar ni penuh dengan pelancong pada waktu malam. Jom layan gambar sekitar Hoi An..





Japanese Bridge




Day 4

Awal pagi, kami dah tunggu van tuk ke jeti. Van disediakan oleh travel agent. Just bagitau kita menginap kat mana masa register dengan travel agent, nanti diorang akan datang ambil di hotel atau tempat menginap. Penuh juga satu van. Kali ni, kami jumpa pasangan dari Malaysia. Chinese. 


Speed Boat to Cham Island

Welcome to Cham Island
Disebabkan kami ke Cham Island ni melalui travel agent, aktiviti pertama adalah jelajah pulau cham ni. Kami dibawa melawat tokong budha, Ikutkan ajela, Kalau tak ikut, nanti hilang dari group, tak leh nk snorkling..hehe


Aktiviti seterusnya, tukar baju dan snorkling. Tapi memang kami dah pakai baju untuk snorkling, jadi time orang tukar baju kita bergambar la. Nice island. Bersih sangat.








Gambar masa snorkling tak banyak.


Lepas penat snorkling, diorang jamu makan. makan sayur & ikan je la. yang lain tak berani makan. 

Lepas makan, tukar baju dan rehat skejap sebelum balik ke Hoi An.




Balik homestay, penat. Kita tidur dulu. Malam bejalan sekitar Hoi An lagi nak cari cenderamata sebab esok dah nak balik Da Nang.





Day 5

Pagi-pagi takde buat apa, cuma bersiap tuk balik ke Da Nang. Tambang bas sama je, VND 60,000 tuk 2 orang.

Sampai Da Nang pun dah petang, check in hotel dan keluar ke "Sun Wheel" Da Nang. Harga tiket, VND 100,000 @ RM 15.50 tuk 2 orang. Murah sangat kalau nak bandingkan dengan I-City.






Pemandangan Da Nang




Day 6


Nothing much today. Hanya bersiap dan tunggu untuk ke airport dan pulang ke Malaysia.



Goodbye Da Nang & Hoi An. Nice place. Enjoy sangat. 

1 comment :