Alhamdulillah, berjaya mendapatkan tiket flight murah untuk kami suami isteri.
Bandung.
30 Oktober 2015 - 2 November 2015
Sempena meraikan tahun ke 2 perkahwinan kami. Insya Allah.
Ada orang kata, tahun 2015 kemungkinan Malaysia akan mengalami krisis kewangan yang teruk dan menasihatkan supaya kurangkan melancong ke luar negara kecuali duit simpanan dah terlalu banyak. Tapi nak buat cam mano, kami dah beli lebih sebulan lepas tiket ni. Sebelum harga minyak turun dan ringgit Malaysia jatuh. Jadinya, percutian kali ni pun percutian bajet.
Kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik.
