Iklan ^_^

Thursday, 28 May 2015

Aktifkan ATM CIMB Luar Negara

Assalamualaikum

Meh nak tunjuk cara nak aktifkan ATM CIMB luar negara. 
Senang la nak keluarkan duit melalui mesin ATM kat luar negara nanti.

Kami nak ke Jakarta 6 Jun - 9 Jun 2015. So plan kami sama ada tukar sikit atau tak tukar langsung duit kat Money Exhange sebelum berlepas.. hurmmm. mana lagi baik ye..


1. Login CIMB Clicks anda. Lepas tu gi kat setting & tekan ATM/ Debit Card Services

2. Pilih Overseas ATM/Debit Card spend & Withdrawal

3. Click dekat kita punya akaun number

4. Change Status. Pilih la yang mana berkenan di hati. 

6. Request TAC number dan isikan 

7. Alhamdulillah, selesai.



Hopefully takdela overspent nanti kat sana. Kadang-kadang tukar banyak kat Malaysia. Lepas tu bila dah last day pening kepala cam mana nak habiskan duit. Kan dah membazir di situ.

Seminggu lagi sebelum terbang ke Jakarta. Insya Allah

SEMOGA BERJAYA !

Wednesday, 7 January 2015

Summary 2014

Tahun 2014 penuh dengan suka duka dalam hidup kami. 


5 Januari 2014 - Dating di Teluk Intan

Menara Condong, Teluk Intan

15 Febuari 2014 - Farewell Nafir sempena dia akan berpindah ke Sarawak



3 March 2014 - Ustaz Firdaus berpindah ke SAMTTAJ, Shah Alam



9 March 2014 - Berpindah dari Sabak Bernam ke Petaling Jaya



20 - 24 March 2014 - Percutian ke Bali, Indonesia

Benoa Beach, Bali

3 Mei 2014 - Kakakku Ira, Kahwin



30 Mei 2014 & 1 Jun 2014 - Our Birthday



12 Jun 2014 - Keguguran. Ya Allah, gantikannya dengan yang lebih baik.. amin

Miscarriage

29 Julai 2014 - Selamat Hari Raya!

Selamat hari raya

17 Ogos 2014. Dato' Othman Samin telah kembali ke ramhatullah. Innalillah.

Allahyarham Dato' Othman Samin

12 - 17 September 2014 - Da Nang & Hoi An, Vietnam

Hoi An, Vietnam

25 Oktober 2014 - Kenduri Jannah & Amirul, Ridhwan & Hajar, Pakteh Jun & Makteh Jasma di Bilut

Selamat Pengantin Baru

28 Oktober 2014 - Ibu saudara tersayang telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.


31 Oktober - 2 November 2014 - Pulau Pangkor, Perak

Jeti Pangkor

1 November 2014 - Ulang tahun perkahwinan pertama. Alhamdulillah

1st Anniversary. 1 Nov 2014

16 November 2014 - Mak kami, Allahyarhamah Nor Khairah Kassim telah kembali ke rahmatullah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa mak kami, Nor Khairah

 Doakan : Allahyarhamah Nor Khairah Kassim, Allahyarham Dato' Othman Samin & Allahyarhamah Nasiah binti Husin ditempatkan di kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa mereka..

Suka duka kehidupan yang lebih mematangkan kami. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuknya kepada kami. Amin

Monday, 22 December 2014

Bandung, Mu Tunggu Aku Datang

Alhamdulillah, berjaya mendapatkan tiket flight murah untuk kami suami isteri. 

Bandung. 

30 Oktober 2015 - 2 November 2015

Sempena meraikan tahun ke 2 perkahwinan kami. Insya Allah.

Ada orang kata, tahun 2015 kemungkinan Malaysia akan mengalami krisis kewangan yang teruk dan menasihatkan supaya kurangkan melancong ke luar negara kecuali duit simpanan dah terlalu banyak. Tapi nak buat cam mano, kami dah beli lebih sebulan lepas tiket ni. Sebelum harga minyak turun dan ringgit Malaysia jatuh. Jadinya, percutian kali ni pun percutian bajet. 

Kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik.